Penggunaan Interlocking Bricks System Untuk Bina Rumah

Industri pembinaan di Malaysia kini sedang berkembang dengan pesatnya dalam mencapai negara maju. Pelbagai teknologi moden dan baru telah diguna pakai untuk memastikan industri pembinaan di Malaysia berada pada tahap yang memuaskan dan tercanggih.

Penggunaan ‘Interlocking Brick’ merupakan teknologi baru yang diguna pakai dalam industri pembinaan dan merangkumi dalam dasar 70% Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Ia sebagai perantis bahan binaan yang sedia ada di mana ‘ Interlocking Brick’ dapat menjimatkan kos dan masa pembinaan.

Namun, ianya telah menimbulkan tanda tanya terhadap keupayaan ‘Interlocking Brick’ dari segi penjimatannya terhadap kos dan masa pembinaan daripada bata tanah liat yang sering digunakan dalam pembinaan.

IBS adalah sistem pembinaan bangunan menggunakan komponen yang telah siap dihasilkan di kilang seperti dinding, tiang, lantai dan kekuda besi sebelum dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang. Sistem ini telah diguna pakai kira-kira satu abad yang lalu di Amerika dan Eropah di kenali dengan panggilan pembinaan pasang siap.

IBS telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan blok IBS lebih jimat masa dan kos berbanding batu-bata biasa. IBS menjadikn rumah lebih sejuk, kedap udara, tahan haba, kedap bunyi, pembinaan complete 1-2 bulan sahaja dan yang paling penting dapat membuat penjimatan sehingga 30%.

Kelebihan menggunakan bata Interlocking / Bata IBS

BATA BERKUALITI TINGGI

Kualiti bata IBS merupakan yang terbaik sekiranya dibandingkan dengan bata simen dan bata merah. Saiz bata yang lebih tebal dan panjang membolehkan penjimatan dalam penggunaan bata.

CANTIK DAN TAHAN LAMA

Selain daripada rupanya yang menarik, ia sangat kuat berbanding bata biasa. Ia sangat kuat sehingga mampu menahan kesan dari gempa bumi dan juga banjir besar. Kadar kekerasan yg lebih tinggi berbanding sand brick (produk mencecah 18N/mm2).

Selain itu ia juga “classical natural country look”.

MENGIKUT PIAWAIAN INDUSTRI

Bata IBS kini semakin popular, dan digunakan secara rasminya untuk pembinaan rumah mesra rakyat dan rumah kos rendah. Penjimatan sehingga 30%.

LEBIH ALAMI & LEBIH SEJUK

Bata interlock adalah lebih mesra alam. Banyak projek alami menggunakan bata yang diperbuat dari tanah seperti bata interlock. Rumah yang dibina dengan bata seperti ini adalah lebih sejuk dan boleh menjimatkan penggunaan elektrik daripada penghawa dingin.

Selain itu dengan IBS terdapat beberapa penjimatan seperti penggunaan buruh yang minimum (kerja cepat siap), dapat mengurangkan ‘wastage’, kurang penggunaan pasir dan simen dan kerja-kerja pemasangan ‘conduit pipe’ dijalankan serentak semasa menyusun batu-bata.

Namun ramai yang tidak tahu, rumah interlok sebenarnya bukan rumah murah kerana harga batanya sahaja berkali ganda mahal dibandingkan dgn bata biasa.

Sebab tu rumah bata interlok nampak mewah,eklusif dan mahal tapi kerana kaedah pembinaannya yang tidak banyak menggunakan kayu,besi,pasir dan simen maka kos pembinaannya boleh menyaingi kaedah pembinaan rumah konventional

Tambahan pula tempoh masa pembinaannya yang singkat maka kos upah dapat dijimatkan lagi. Namun masalah utama adalah untuk mendapatkan tenaga kerja yang betul-betul mahir dan teliti.

Di Malaysia antara syarikat kontraktor yang menggunakan IBS dalam pembinaan rumah adalah ZMA Bina. Mereka merupakan antara kontraktor utama yang menyediakan perkhidmatan membina rumah menggunakan bata IBS. ZMA Bina mampu memenuhi permintaan anda untuk membina rumah anda sendiri.

Sehingga kini ZMA Bina telah membina hampir 20 unit berkonsepkan demikian.