Langkah Ringkas Menghias Kediaman

Anda akan mula melangkah masuk ke rumah baharu akan memperindah ruang mengikut naluri dan kehendak hati sendiri. Tidak salah mengikut kata hati, namun sekiranya ada panduan bagi memastikan kualiti ruang, apa salahnya kita ikut.

Anda boleh dapatkan tip berguna yang boleh anda aplikasikan ketika mewarnakan, menyusun atur perabot mahupun menghias kediaman. Berikut disenaraikan beberapa perkara asas untuk memastikan keindahan atau kadar estetik kediaman terjaga tanpa memerlukan usaha yang melampaui batas.

Ketika menyusun susur atur perabot, mulakan dengan melakarnya di atas sebuah kertas bagi menjimatkan tenaga ketika untuk mengangkat, menyusun dan mengubah kedudukan perabot.

Sebaik-baiknya anda perlu rujuk majalah, buku, keratin akhbar atau pun melalui internet sebelum membuat pengubahsuaian ke atas rumah anda untuk mengelakkan kekesalan di kemudian hari. Dapatkan contoh dekorasi atau warna yang bersesuaian. Anda juga boleh sertai mana-mana group di Facebook untuk mendapatkan idea.

Untuk membuat keputusan mewarnakan dinding di ruang kediaman, langkah awal iaitu warna telah dipilih mengikut tema. Jangan memilih kerana anda terikut-ikut dengan warna kegemaran sahaja. Sebaiknya cuba menggunakan sekeping kertas besar dan warnakan di atasnya. Kemudian tampal kertas tersebut menggunakan pelekat mudah tanggal. Dapatkan mood dan setelah pasti itu warna yang paling sesuai, barulah aplikasikannya ke atas dinding kediaman.

Anda boleh gunakan warna neutral pada dinding, siling, lantai atau hiasan perabot seperti kusyen. Warna neutral lebih diberi keutamaan kerana ia mampu membangkitkan rasa tenang dan buat ruang tamu anda lebih luas. Sebagai contoh, ruang tamu dengan warna beige mampu jadikan ruang lebih menyerlah pada ruang kecil.

Selain cat dan kertas dinding, anda boleh tampal wall deco 3D yang banyak dijual di kedai seperti Daiso dan Eco dengan pelbagai rekaan menarik. Ia juga mudah ditanggalkan apabila anda ingin mengganti dengan rekaan terbaharu. Anda juga boleh letak peta tempat-tempat yang sudah anda kunjungi. Menarik bukan?

Trik menggunakan cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang nampak lebih luas. Bukan itu sahaja, cermin hias dinding juga mampu menjadikan ruang tampil lebih elegan dengan gaya tersendiri.

Beli langsir dan kemasan lembut setelah semua perabot dan warna dinding diletakkan ditempat yang betul bagi memastikan pilihan wrna fabric tidak lari dari tema dan mood.

Selain beli perabot yang baharu, anda juga boleh menyegarkan penampilan misalnya membuat sarung baru yang cantik pada kerusi atau bangku. Serikan perabot atau sarung kusyen yang kosong dengan menambah warna ceria menggunakan pelbagai alatan atau fabrik seperti sequin atau kain perca.

Segala aksesori hendaklah disusun, bukan sekadar meletakkan aksesori hanya kerana ia ada di dalam simpanan anda. Sebaik-baiknya aksesori ini tidak akan mendatangkan bebanan kepada anda untuk mengilapnya ketika membuat penyelenggaraan atau membersihkan rumah.

Pastikan susunan atur barangan teratur dan bukan sekadar menyembunyikan di dalam stor. Pastikan ia teratur dan mudah dicari, maka anda tidak perlu bersusah payah ketika ingin mencarinya di kemudian hari.

Bagi susunan di ruang tamu, cuba susun set sofa atau kerusi ditengah-tengah berbanding meletakkan kerusi rapat ke dinding. Jika anda tinggalkan jarak di antara perabot dan dinding, ini akan buatkan ruang tamu nampak lebih luas dan selesa. Idea lain yang juga selalu digunakan ialah dengan memilih perabot yang lebih rendah.

Semoga idea-idea ini dapat membantu anda untuk menghias kediaman baharu yang sekian lama menjadi idaman anda. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari team ZMA Bina yang pakar di dalam hiasan dalaman.