Kenapa Perlu Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri

Setiap individu yang sudah berkeluarga dan kerjaya pasti akan berhasrat untuk mempunyai kediaman sendiri. Tambahan pula, kawasan kampung merupakan tempat paling ideal untuk membina rumah impian.

Dengan suasana hijau yang mengasyikkan, ditambah pula dengan kemesraan masyarakat telah menjadikan sebagai tarikan kepada warga kota untuk membina aset mereka.

Rekabentuk dan konsep rumah juga berubah mengikut peredaran semasa. Rumah yang dibina sekarang ini mementingkan beberapa aspek seperti gaya hidup moden, kecekapan ruang, dan elemen keselesaan penghuni.

Rekaan dalaman rumah moden ini dalam melengkapkan aksesori yang disusun lebih praktikal kerana dapat mencipta ruang yang nampak lebih besar. Selain itu sentuhan warna juga memperlihatkan rumah moden sekarang ini mempunyai elemen ketenangan dan harmoni.

Ramai umat Islam sekarang mementingkan rumah yang berkonsepkan sunnah. Ini merupakan salah satu kekurangan jika membeli rumah daripada pemaju.

Membina rumah sendiri ni ialah ianya bermaksud pemilik rumah sendiri mengurus  pembinaan rumah idaman mereka. Terdapat banyak kelebihan jika anda membina rumah sendiri.

Kelebihan untuk membina rumah di atas tanah sendiri, bajet pembinaan dikawal oleh anda sendiri atau bergantung kepada kemampuan. Apabila bina rumah diatas tanah sendiri anda boleh menentukan reka bentuk rumah mengikut kemampuan bajet anda.

Sama ada untuk menbina lot banglo, semi D dan sebagainya. Ada juga kontaktor rumah yang akan bagi cadangan rumah yang sesuai dengan bajet mengikut harga nilai semasa.

Kos pembinaan rumah juga lebih murah berbanding kos beli rumah. Memang benar sekiranya anda membina rumah sendiri kos lebih murah berbanding beli rumah dari pemaju. Sudah semestinya pemaju memasukkan segala keuntungan di dalam projek perumahan yang mereka bina.

Seperti yang disebutkan di atas, rumah yang mengikut konsep sunnah menjadi pilihan. Dengan membina rumah sendiri, anda bebas menentukan konsep yang anda inginkan. Lagi satu kelebihan yang anda dapat jika anda bina rumah atas tanah anda sendiri.

Anda boleh menentukan design dan konsep rumah yang anda idamkan untuk rumah anda. Maksudnya adalah anda juga membina rumah impian anda.

Kelebihan yang jelas apabila membina rumah atas tanah sendiri, anda dapat menambah aset kekal diatas tanah sendiri.

Melalui sudut pandangan ekonomi anda telah menambah aset kekal. Kerana harga tanah dan harga rumah semakin meningkat saban hari. Rumah yang anda bina boleh dibuat sewaan atau dijual lot rumah kepada individu lain yang mempunyai kepentingan.

ZMA Bina Mampu Merealisasikan Impian Anda Untuk Membina Rumah Di atas Tanah Sendiri

Bagi mereka yang mempunyai impian membina rumah di atas tanah sendiri, ZMA Bina sedia membantu anda. ZMA Bina menawarkan khidmat merekabentuk dan membina kediaman dengan konsep serta gaya arkitektur tersendiri yang pasti memberi karektor unik kepada singgahsana impian anda.

ZMA Bina adalah syarikat Bumiputera yg beroperasi di Seri Iskandar, Perak. Mereka merupakan kontraktor yg berdaftar dengan CIDB. ZMA Bina mempunyai peguam berdaftar. Ini bermakna ada perjanjian antara pembeli, kontraktor dan peguam.

Mereka merupakan syarikat yang boleh dipercayai. Hingga kini  59 buah rumah sudah pun di bina oleh ZMA Bina sdn.bhd. Syarikat ini berstatus Sdn.Bhd dan mempunyai pengalaman bertahun di dalam industri ini.