Dapur Idaman Harus Selesa dan Cantik

Bagi mereka yang membeli rumah baharu, salah satu perkara yang sering di ambil kira adalah saiz dapur. Lebih-lebih lagi jika dapur yang disediakan oleh pemaju tak besar bak kata orang hanya sekangkang kera.

Bagi yang inginkan dapur idaman pasti pening kepala untuk memilih rekaan yang benar-benar sesuai dengan gaya hidup. Ramai pereka mengesyorkan dapur idaman seharusnya selesa dan cantik.

Disebabkan kita sendiri mempunyai idea dan cita-cita yang besar, langkah-langkah ini perlu diambil untuk mendapatkan dapur idaman.

Langkah Yang Perlu Diambil Untuk Dapur Idaman

Jumpa Pereka Profesional

Bagi mendapatkan dapur idaman, jangan sesekali bertindak pandai dengan mereka bentuk dapur sendiri tanpa rujukan pereka professional. Biar keluarkan duit sedikit untuk membayar khidmat mereka dari kita rugi banyak nanti.

Cuba dapatkan idea dan pandangan pakar kerana siap tahu anda teruja dan berpuas hati untuk mengubah rekaan asal kepada yang lebih baik.

Berbincang dan berterus-terang dengan pereka bentuk dapur anda tentang bajet, konsep, gaya hidup dan cita rasa anda. Paling penting adalah bajet.

Dari situ mungkin pereka boleh menyediakan beberapa rekaan yang sesuai dengan kehendak anda dan menekankan aspek lain dengan lebih terperinci.

Konsep

Apabila berbicara tentang dapur idaman, memang pening kepala memikirkan soal konsep rekaan dapur yang diinginkan. Apatah lagi dengan banyak perkongsian di media sosial mengenai dapur menarik, lagi susah untuk memikirkan konsep dapur idaman.

Paling memeningkan kepala ialah mereka yang menetap di kediaman kecil yang mana berkongsi ruang di antara dapur, ruang makan dan ruang tamu.

Dapur kediaman seperti ini perlu bersatu dengan konsep utama kediaman.

Perlu diingatkan, dengan konsep terbuka seperti ini, pemilik kediaman mesti bijak dan rasional bukan sekadar mengikut kata hati dan juga nafsu. Kita tidak mahu jadi caca merba.

Bayangkan, perabot moden, ruang makan bertemakan Bali atau Nusantara dan dapur pula English Style. Pasti rumah anda akan jadi haru biru konsepnya. Tambah pula mencacatkan pemandangan dan menunjukkan kecelaruan tema dekorasi anda. Duit pastinya melayang dan rumah sudah macam bilik pameran.

Kerja Pembinaan

Jika kerja-kerja pembinaan dapur impian anda sedang berjalan, jangan lepas tangan. Jenguklah selalu dan sentiasa bersedia denga pelan B.

Ini kerana kadang-kadang berlaku perkara diluar jangkaan kita. Contohnya material atau bahan yang kita pilih telah habis stok. Nak pesan baru ambil masa pula.

Jadi jangan teragak-agak untuk memilih alternatif kedua yang sama cantik dengan yang pertama. Jika kita menangguh kerja pembinaan, kos pasti akan meningkat.

Anda juga harus memastikan untuk memilih reka bentuk dapur yang serasi dengan ruang yang sedia ada. Ini untuk mengelakkan apabila siap nanti tidak akan berlaku soal sempit atau ketidakselesaan ketika di dapur.

Disarankan jika kediaman anda agak sempit, gabungkan sahaja kaunter makan bagi menggantikan meja makan. Jadi jika anda ada meja makan di rumah lama, jual sahaja. Dapat juga anda duit lebih untuk membeli aksesori atau peralatan dapur yang baharu untuk dapur idaman anda.

Soal warna juga penting kerana terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh anda pilih seprti mana yang sesuai juga mempengaruhi kaedah pembinaanya.

Dapur Tersusun dan Cantik

Setelah kerja-kerja pembinaan selesai, adalah penting bagi anda untuk memastikan dapur idaman anda tampil bersih, cantik serta tersusun. Jadi selamat memilik dapur idaman anda. Jangan anggap dapur sebagai ruang kedua kediaman. Dapur kini sama penting dengan ruang tamu anda.

Jangan terkejut jika tetamu datang, dia akan ke dapur dahulu untuk melihat dapur idaman anda.

 

Baca ini juga;

  • Kenali Team¬† ZMA Bina
  • Design-Design Menarik Untuk Anda Dapat Idea
  • Kenapa Perlu Lantik ZMA Bina Sebagai Kontraktor Rumah Idaman Anda

 

Berminat nak dapatkan khidmat konsultasi secara percuma? klik di sini.